Tuesday, April 9, 2013

Lena dengan kata .


Berbulan-bulan lamanya kami bercinta . Berbulan-bulan saling bertukar pesanan bersayang-sayang . Berbulan-bulan masig-masig bersengkang mata berbual hingga awal pagi . Berbulan-bulan juga kami kerap keluar bersama untuk janji temu . Ye , makan malam , membeli-belah dan banyak lagi seperti pasangan lain boleh lakukan . Asyik , hingga aku tidak pedulikan ego / keras kepala yang selama ini cukup kental seperti kerasnya tembok .

Aku seperti mahu melempang diri sendiri mengenangkan bahawa aku berpacaran dengan seorang lelaki yang besar pengaruhnya . Maksud aku ? Ramai kenalan . Dan mesra . Dia yang sangat disenangi .

Teringat .

Aku selesa dengan layanan dia . Terlampau . Kata orang ada syaitan jadi orang ketiga . Aku tidak peduli . Biarlah ada syaitan . Jangan syaitan rampas dia dari aku . Indah . Mungkin aku yang terlampau teruja . Esok , lusa dan akan datang masih ada . Yang penting kita bersama . Aku cuma ada orang untuk disayangi dan menyayangi .

Kali pertama jiwa diganggu oleh lelaki itu . Diganggu halus . Dan jauh ke dasar hati ni , aku sememangnya mahu terus diganggu oleh dia .

Ya , aku rindukan dia . Tapi tak dapat diluahkan secara terus . Entah apa yang ada dalam kepala perempuan ni . Kusut , barangkali . Aku rindukan riak mukanya yang positif . Sentiasa . Atau saja dia memang pandai memanipulasi ekspresi wajah . Ah tak mungkin . Aku kenal dia . Dia ikhlas sepanjang tempoh perkenalan kami .

Aku tak tahu sama ada semalam hari paling malang dalam hidup aku atau hanya semalam . Semuanya serba tak kena . Dan hubungan kami terjejas . Ye , terjejas .

No comments: