Saturday, April 6, 2013

Kesihatan tidak menentu .


Dua minggu yang sangat menyukarkan .

Rabu lepas hari yang paling melumpuhkan semangat aku . Aku bangun . Dan kemas barang terus balik ke Ipoh . Dalam keadaan diri yang tidak sehat . Mouth ulser . Yang sememangnya perkara biasa bagi orang lain tapi bukan untuk aku . Ianya teruk sekali . Bernanah . Dan keadaan tulang bahu yang patah kembali sakit . Menyengat .

Tiba di Ipoh dalam keadaan yang lemah . Serba-serbi pucat . Sampai ada yang mempersoalkan banyak perkara . Tahu , Alam ciptaan Tuhan amat terindah . Cahaya matahari menerjah ke kulit Subhana'Allah aku rasa hilang satu beban penyakit . Cukup lemah untuk aku hadapi sendiri .

Alhamdulillah . Sepanjang aku sakit , emak / abah always call tanya keadaan semua . Bila di depan mata , memang dijaga rapi . Dan memiliki kekasih yang cukup menyenangkan . Cukup mendamaikan .

Semalam , Jumaat yang mengukuhkan . Alhamdulillah . Selepas berjumpa doktor hospital / klinik dua hari berturut , finally dapat jumpa dengan Doktor Pakar Tulang . X-ray yang paling ouch sakit . Dikerah untuk angkat bekas berisi air dan tarik tangan . Sumpah memang tak kuat . Rasa nak menangis :'(

Hasilnya ialah , ubat sebulan non-stop . Dan Fisioterapi seterusnya .

Sekarang , everything emak / abah yang membantu . Bukan manjakan diri tapi bila nak gagahkan diri angkat something mesti emak / abah tk yakin lngsung . Boleh gunakan tangan kiri tapi samalah , kekuatan tk sama mcam tangan kanan . Dan sekarang , emak suruh menulis guna tangan kiri . Selepas 20 tahun ? Hasilnya sangat mengecewakan .

Tentang pengajian . Hm .. kemungkin besar akan berhenti . Ye berhenti . Dan akan teruskan di Ipoh . Sememangnya apa yang terjadi melumpuhkan semangat untuk belajar aku . Keputusan yang paling besar pernah aku buat selepas dengan keputusan untuk #NikahGantung dengan Hafiz XD

Insha'Allah . Percaya akan rezeki Tuhan . Doakan kesihatan dilandasan yang sempurna . Sekadar short entry . Akan dibalas satu entry yang lain . Sekadar memuaskan hati Hafiz :D

No comments: