Saturday, February 16, 2013

Bahagia tanpa backspace .


Alhamdulillah . Long-distance relationship yang terbina semakin laris dan meriah perjalanan hidupnya . Langsung tak ada sebab untuk apa aku pertikaikan dengan hubungan ini . Serious sangat bersyukur . Harap sangat " bahagia " ini panjang . Bukan sementara . Ini " bahagia " Tuhan yang bagi . Betapa aku terima dengan tangan luas terbentang . Please jangan ganggu ini " bahagia " boleh ? Tolong .

Pernah rasa dikutuk . Pernah rasa pedih terluka kerana dikutuk . Itu semua pernah .

Life aku benar-benar simple . Sempoi . Tapi se'simple life aku ni pun pernah menjadi perhatian ramai . Betapa indah memiliki sekeping dua hati kawan-kawan yang lakhanat rupanya . Bukan main hebat mencanang-canangkan kesialan diri aku . Well , tidaklah sesial mana kalau nak dibandingkan dengan mereka . Bukan ?

Hebat betul gebang tentang kepantasan aku move on . Pantas .

Alhamdulillah . Semuanya surut kini . Rasa tenang . Mungkin sebab cuti . Jadinya mereka-mereka belum dengar cerita-cerita " bahagia " diri aku disamping Hafiz . Jealous betul mereka terhadap kami . Kenapakah ? Lebat sangat yang tak boleh lihat kebahagian perempuan half gila ni . Mungkin .

Cerita-cerita indah akan dikhabarkan kini .... Jeng jeng .

Permanduan manual pertama kali dilakukan dari Ipoh --> Taiping . Gila betul . Tapi well , ini Nis lah . Perasaan takut itu sendiri buat jadi sendiri tahu untuk control . Penangan rindu melampau kat Hafiz . Jadi abaikan segala perasaan takut celaka puaka berkenaan . Langkah pertama . Lemah . Terlampau lemah . Dua kali mati enjin . Sangat memalukan . Hilang comel aku . Rasa nak matikan enjin dan bersadai di tepi jalan . Tunggu bantuan driver . K berangan .

Teruskan perjalanan . Habis molek bertapa di depan X-Library Taiping . Kebas muka kaki perut . Eh perut ? Lapar . Hee xD Tertumpah airmata . Betapa penakutnya aku . Nampak ? Seru lah Hafiz keluar . Dan dia senyum . Girlfriend separuh rasa nak bunuh diri ni dia boleh senyum . Tapi sebenarnya itu senyuman benar-benar melegakan aku . K melampau betul nak bunuh diri . Dan memang tak ah untuk aku drive bila Hafiz di sisi . Dia memandu . Benar molek dia drive . Tanpa sebarang " cacat " . Bukan macam aku . Tsk tsk :/

Hafiz buncet . Bila ditanya , dia balas , " senang hati " . Alhamdulillah . Indahnya telinga mendengar itu semua . Ini lelaki kalau rasa sakit hati / cemburu / pedih dia pendam . Dia tunggu mendidih kaw-kaw-kaw punya . Baru nak meletuskan . Itu time , confirm aku kena tahan sakitnya pula . Sayang , jangan ah kejam sangat . Tendang kaki lagi mau ? :P

First time . Gelabah . Pucat habis muka aku . Bila diseru untuk jumpa dengan emak Hafiz . Dan jumpa kakak serta dua orang anak buah dia yang hm ... serious comel . Geram betul . Gila selekeh aku semalam . Tunggu aku dress-up " Perempuan Melayu Terakhir " dulu ah baru comel nak jumpa emak . Kebas pipi . Tapi well , ini Nis . Perasaan itu semua pelan-pelan aku halau . Dan alhamdulillah everything being okay , maybe . Right Hafiz ?


Thanks for jam . Thanks a lot . Dan sangat suka bila jam kita sama kan ? Kehidupan seharian aku memang tak ah lengkap tanpa jam . Semalam ke Taiping tanpa jam . Rasa pelik . Pelik . Tangan tanpa jam . Janggal gila rasa . Ringan dan kosong . Err tak suka ah !! Koleksi jam kian bertambah . Nanti-nanti-nanti boleh bagi barang lain pula . Ye Hafiz ? :*

Aku sentiasa terasa feeling baru-baru bercinta . Dahsyat betul , nak lepaskan pegangan tangan pun ambil masa . Lama . Dan , " boleh tak nak peluk ? " . Aku harap ini " bahagia " tanpa kesudahan . Sentiasa akan berkekalan . Panjang . Hingga khawin . Boleh kata macam ni ? Boleh minta macam ni ? Boleh tak Hafiz ?

Ini perempuan gila . Dia gila sebab cinta . Dia jadi gila sebab seorang lelaki . Dia menjerit-jerit . Dia bajet dia pailang besar . Fakta yang sangat tepat ialah cinta itu buta dan boleh membutakan . Kini aku mangsanya . Tapi aku redha . Ini sumpah terbaik .

I really love you , Hafiz Rahmat .

3 comments:

Princess Feyqa said...

wah dpt jam :) bestnye dia hehe

Anyez Nasri ツ said...

jam tanda untuk kenangkan masa . dan mungkin lebih menghargai dia , kan Princess Feyqa ? Hee xD

leeza said...

Mulut orang kita tak boleh nak tutup kan. Sabar eh. Semoga happy dengan buah hati. :)