Klik untuk " hulk " .
Orang kata kasih ibu membawa ke syurga , kasih ayah pula sepanjang masa . Benar sekali kerana pada aku , abah tak pernah tiada dalam memberi sokongan kepada setiap perkara dalam hidup aku . Abah aku memang pandai memujuk , kalau sedang menangis dan merajuk dimarahi oleh emak atau beliau sendiri mesti dia yang akan memujuk . Ini membuatkan aku memang agak manja dengan abah kerana emak memang seorang yang cukup tegas .
Abah tak garang . Anak perempuannya seorang dan aku juga anak sulung . Selepas berkhawin selama 7 tahun baru dikurniakan aku . Jadi memang terasa betapa dimanjakan oleh abah . Jangan kerana aku hanya mempunyai dua-beadik , tak seperti keluarga laen yang besar yea sebab itu aku manja . K , aku lebeh dengan abah , adik aku plak dengan emak . Adil dan saksama . Abah juga tak ada masalah untuk memasak . Dan skill memasak dia lagi hebat dari emak . Hihi . Setiap masakannya memag sedap . Tiap kali abah bercuti kerja , pasti dia yang akan masak .
Abah aku bukan dari keluarga yang senang . Belajar pun tak tinggi mana . Tapi berkat usaha dan kegigihan abah , alhamdulillah dia berjaya mencapai apa yang dia mahu . Abah terpaksa bekerja keras untuk memastikan segala kelengkapan yang anak-anaknya perlu ada , harus ada . Dan aku bersyukur dengan kedudukan abah sekarang dengan status pekerjaan and berkat usahanya dia mampu memiliki and membahagiakan kami sekeluarga . Abah juga mementigkan hubungan persaudaraan . Tak heranlah if hobi kami sekeluarga memang bercuti . Tiap-tiap tahun , pasti ada destinasi pelancongan and rumah saudara untuk kami ziarah . Abah kalau boleh , setiap kami adik-beadik mengenali semua saudara maranya .
Abah memang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan . Dia mahu kami adik-beadik sentiasa tak lupa diri . Kasih abah yang tak pernah ada penghujungnya . Begitu juga dengan semua ajaran yang disemai sejak kecil , biarlah sentiasa mewarnai kehidupan saya selamanya . Doa saya tak pernah putus untuk abah dan emak .
Hargailah jasa abah sewaktu dia masih di sisi . Tanpa ibu dan ayah , siapalah kita sebenarnya .
SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA BUAT SEMUA .
Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah dan dapat selalu membahagiakan kedua mereka .
Credit : Remaja .
8 comments:
Slmat Hari Bapa :D
suwet jerk! =')
abah will always be our great hero kannn.. ^_^v
betul tu FariehanIbrahim . dialah hero dunia dan akhirat . dia yang kukuhkan diri ini dan menjadi ketua . berat tanggungjawab dia tu .
selamat hari bapak kat bapak ko hahaha :)
selamat hari bapa untuk ayah kau juga k , fatehah abdul ghani :)
nice one..selamat hari bapa jugak :)
anak abah anyez ni :P
so sweet..sapa yang tak sayang abah sendiri kan :D
selamat hari bapa pada ayah anyez :)
http://aida4eva.blogspot.com
Post a Comment