Assalammualaikum .
Tiada yang lebeh indah bagi seorng insan bernama pelajar selain kejayaan melangkah ke menara gading . Tidak mungkin seseorng itu dinamakan sebagai pelajar jika tidak ada dalam mindanya cita-cita , impian dan harapan untuk ke situ . Pada pandangan masyarakat , di sanalah puncak dunia , lambang kejayaan berprestij seorang manusia dengan simbol kecemerlangan peribadi .
Para pelajar sanggup bersengkang mata siang dan malam bagi mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan yang merupakan pasport untuk ke sana . Demi memastikan anak-anak berjaya mendapat pasport ini jugalah ibu bapa sanggup mengeluarkan ribuan , malahan kadangkala apabila dikumpul dari tahun ke tahun, jutaan ringgit untuk semua kelas tuisyen , buku latihan , guru persendirian dan makanan tambahan berkhasiat .
Demikianlah , selama sebelas tahun ibarat menanti buah yang tak gugur , pelajar-pelajar dan ibu bapa bertungkus-lumus dan berjerih-perih untuk melayakkan diri dinobatkan sebagai mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi .
Tetapi ingat ! Setelah membayangkan semua kegirangan , keceriaan , keterujaan , dan keterharuan , bayangkan pula jika anda tiba-tiba disingkirkan daripada IPT !
Ada pelajar yang cemerlang ketika di sekolah menengah kecundang di tangga IPT . Pelajar yang dinobatkan sebagai best student di sekolah menengah , boleh kandas pada tahun akhir pengajian di IPT . Pelajar yang mendapat keptusan baik dalam STPM , gagal mengekalkan prestasinya di IPT ! Pelajar paling warak dan sering mengimamkan rakan-rakan ketika solat digantung pengajian kerana meniru dalam peperiksaan . Oleh itu , untuk cemerlang pelajar hendaklah sentiasa berwaspada and ingat akan tanggugjawab sebagai seorang pelajar .
Nota : Akan mula aktif kembali dengan kisah-kisah diri , IPT and tips untuk cemerlang .
Dan terlampau sibuk dengan kelas serta jadual yang padat . Thanks .
Saya rindu untuk bertekak dengan adik saya :'(
2 comments:
adat remaja skrg..:)
ika , adat itu yng patut dilumpuhkan .
Post a Comment