Saturday, September 17, 2011

Rasa sangsi dengan pasangan / Cinta .


Setiap insan yang melangkah ke dunia cinta pastinya amat mengasihi pasangannya kerana rasa cinta yang telah dicampak ke dalam hati . Untuk itu ,  kita ingin si dia sentiasa mencintai kita , berada di sisi kita dan menghargai perhubungan yang dibina bersama . Sudah tentu kita tidak ingin ada pihak ketiga yang mengganggu-gugat ketenteraman perhubungan yang dijalinkan . Atas sebab itu , kita sentiasa dibayangi rasa curiga dan was-was ... seakan bimbang si dia beralih hati , lantas akan meninggalkan taman cinta yang selama ini mekar mewangi .

Bagi yang matang pemikirannya , pasti konflik ini akan ditangani dengan sewajarnya menerusi pendekatan yang berhemah , yang tidak mengguris hati pasangan serta mampu menimbulkan kemarahan . Contohnya , melalui cara komunikasi yang baik dalam memberi peringatan serta teguran .

Namun ada juga antara kita yang terlalu mengikutkan kata hati dan bertindak mengikut emosi hingga kadangkala merimaskan pasangan kerana cemburu yang tidak bertempat . Selain cara kita yang seakan mengongkong dengan memeriksa telefon bimbit dan sentiasa memikirkan perkara negatif tiap kali berlaku insiden seperti pasangan tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas SMS yang dihantar . Jika tidak dibendung , situasi itu akan membawa kepada perbalahan yang lebih serius hingga menjejaskan konsentrasi kedua-dua pihak dalam perhubungan . Lantas akan membuatkan ia kian hambar dan apabila perasaan sedemikian mula bersarang di hati dan minda tak mustahil ianya akan disusuli dengan rasa bosan dan akhirnya mengundang kepada perpisahan .

Alangkah sayangnya jika sesuatu hubungan yang lama terbina di atas nama cinta terlerai hanya disebabkan isu yang remeh sebegitu . Seeloknya , kita cuba letakkan rasa percaya kepada pasangan kita dan setelah pasti terdapat bukti sahih yang dia curang , baru kita boleh mengambil tindakan seterusnya . Dalam memastikan pasangan kita setia dan sentiasa mencintai kita , harus kita tampil sebagai pasangan terbaik di kalangan yang baik dengan sentiasa berusaha menjaga hatinya , tidak melakukan perkara yang tidak digemari si dia , harumkan rasa cinta , ingati hari-hari istimewa dan raikan bersamanya .


Selain itu , panjatkan doa kepada Illahi moga cinta dan kasih sayang si dia hanya untuk kita hingga ke saat kita menutup mata . Kerana kadangkala kita hanya tahu menuding jari dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada pasangan di kala berlakunya perubahan pada dirinya , sedangkan kita terlupa tentang kelemahan serta kekurangan diri kita kerana hakikatnya setiap perubahan itu pasti ada punca dan penyebabnya . Ianya takkan terjadi dengan begitu saja .

Renungkanlah ! Jadilah pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali-kali kita lupa dari mana asal-usul kita . Insya'Allah .

3 comments:

DIDIDAA said...

Ayat kauu , sejuk aku baca :')

DIDIDAA said...

Ayat kauu , sejuk aku baca :')

Anyez Nasri ツ said...

Gigil sial nk melafazkan kata-kata sebegini DIEDA hoi ! Haha xD